Sunday, 23 November 2014

Tarbiyyah Bukan Untuk Si Manja

hai Rijalun Sodaqu~ - hai Rijalun Sodaqu~

TARBIYYAH BKN UTK ORG MANJA

-Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

-Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

-Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

-Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

-Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

-Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.

-Yang ikut hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.

Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak kongsi pun dengan orang lain.

-Yang cepat mengalah,

-Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

-Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong.

-Yang hanya tahu banding jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

-Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang aircond dan laju.

-Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

-Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

-Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

-Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda,
orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.

Mari menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..wang saya habis”
Adakah ini petandanya kita terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

C&P

Wednesday, 12 November 2014

Penatnya Hidup? Penatkah Hidup ?

Assalamua'laikum wbt..
Aku percaya, kamu yang sedang membaca ini, mungkin merasakan hidupmu itu memenatkan.
Penuh dengan ujian. Tangisan. Keluhan. Rintihan. Terutama jika kamu merasa sendirian.
Sedang kamu tidak tahu apa lagi yang harus kamu lakukan,
untuk meneruskan kehidupan..

Hidup.
Apakah yang dimaksudkan dengan hidup ? Adakah sekadar mencari kejayaan dalam akademik ? Atau hingga mendapat kerjaya yang hebat ? Atau memiliki pasangan yang serasi ? Atau memiliki harta yang melimpah ruah ? Adakah dengan kesemua ini bermakna kita berjaya dalam hidup ?

Lain orang, lain makna hidup baginya.
Hidupku, aku takrifkan sendiri.
Hidup kamu, hanya kamu yang mengerti.
Yang pasti,
Kenali dirimu. Kenalpasti matlamatmu.
Sesiapa yang tidak mengenali diri sendiri, maka dia tidak mengenal Tuhannya.
Matlamat kita ? Mencari keredhaan Allah.
Dengan matlamat hidup yang jelas, barulah kita dapat nilai kembali hidup kita, Bererti atau tidak.
Adakah hidup kita semata-mata untuk dunia ? Atau juga di sana (akhirat) ?

*

Bila kita reset balik matlamat kita, insyaAllah hidup kita akan lebih terarah.
Allah tak menjanjikan hidup kita mudah. Tapi Dia menjanjikan Dia sentiasa ada untuk kita. *cuma kita yang sering lari daripada-Nya.

"Your Lord did not abandon you, nor did He forget."
Al-Quran, 93:3

Selangkah kamu mencari Allah, berlari Dia kearahmu.

Jika hamba-Ku bertanya tentang-Ku, katakanlah bahawa Aku dekat.

Allah terlalu dekat dengan kita melebihi urat leher kita lagi.
Maksudnya?
Dia lebih mengenali kita, berbanding diri kita sendiri.

Percayalah, walau keluhan hatimu tak terungkap dalam ucapan, tak terlafaz dengan lisan, Dia tahu walau kamu hanya berdoa dan merintih kepada-Nya di dalam hati!
Berdoalah seikhlasnya dalam hati.
Mintalah apa sahaja daripada Kekasih hatimu.
Bahkan.. mintalah tali kasutmu yang hilang daripada-Nya!
Mintalah segala-galanya daripada Dia.
Dia tidak akan berkira.
Bahkan lagi Dia cinta.
:)

*

"Aku berdoa. Tak pernah dimakbulkan."

Istighfarlah teman..

Kamu meminta diberikan roti. Tapi Dia berikan gandum. Kamu meminta diberikan wang. Kamu diberi-Nya peluang. Kamu meminta diberikan kerja. Dia berikan kamu kemahiran.
Kamu meminta diberikan kekuatan. Dia berikan kamu ujian.

Ingatlah. Sesungguhnya kurniaan-Nya itu kadangkala tidak tercapai dek akal kita yang terbatas.
Sedangkan siapa sedang berdiri dibelakang kita pun kita tak nampak, kita tak tahu... inikan pula hikmah disebalik percaturan Allah.
:)

Oleh itu.. usah lagi mengeluh dengan hidup kita yang dirasakan sukar.
Hidup di dunia.. pasti melelahkan. Sesungguhnya dunia ini penjara bagi mukmin. Normallah rasa penat dengan hidup didunia. Yang tidak normalnya, kita tidak mengatasi rasa itu dan hanya mengeluh tanpa henti!

Ingatlah.. kehidupan yang sukar akan lebih memeritkan jika kita jauh dari Tuhan.
Berusahalah mendekati Allah.
Sesungguhnya kamu akan merasa nikmat ujian, nikmat kesusahan.. kerana kamu punya pemilik hati yamg sentiasa setia mendengar keluhanmu.

Katakanlah kepada masalahmu yang besar,
"Hey masalah! Aku punya Tuhan yang lebih besar!"
Tarik nafas. Pejam mata.Senyum.
Rasailah rindu pada-Nya...

*Maafkan aku andai coretanku tak membantumu mengatasi masalahmu,
Tak mampu mengurangkan beban hidupmu,
Sungguh, aku tidak tahu ujian apa yang kamu hadapi,
tapi jauh di hati ini,
moga kamu kuat menghadapi apa pun ujian yang kamu sedang hadapi itu.
Ingat,
Dia mencintaimu. Lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.
Semoga terus kuat! :')

Saturday, 12 July 2014

Tangisan Gaza

Ketika kita lena tidur,
Mereka mencari tempat berteduh,
Ketika kita terlantar kekenyangan,
Mereka belum menjamah makanan,
Ketika kita lalai dengan dunia,
Mereka terlebih dahulu mengejar syurga.
Untungnya mereka.
Ruginya kita. =(



Video

Gaza, Kemenangan Pasti Milikmu!

Salam.
Sejak 5 hari lepas, Israel masih lagi menyerang Palestin dengan melancarkan roket ke arah penempatan penduduk Palestin yang tidak berdosa. Lebih separuh daripada mangsa serangan ialah wanita dan kanak-kanak. Apa sebabnya Israel menyerang Gaza ? Kononnya mereka nak membalas dendam atas kematian 3 orang remaja Israel yg diculik di Tebing Barat dan ditemui mati di utara Hebron. Mereka menuduh pejuang HAMAS yang menjadi dalang penculikan tersebut. Entah betul entah tidak. Wallahua'lam.

Berikut ada sedikit ulasan dan pendapat dari seorang individu tentang kes tersebut. Ada benarnya.

http://akudarihati.blogspot.com/2014/07/propaganda-israel-korban-remaja.html


Ini pula video sejarah Palestin-Israel yang disampaikan dalam grafik yang mudah difahami. Bagaimana Israel boleh memasuki Palestin dan menghalau penduduk Palestin serta menjadikan mereka pelarian di negara sendiri. Rugi tak tengok. Movie panjang boleh tengok, video informasi penting yang ringkas, berkira pulak kita nak tengok, kan ?


A Short Introduction About Occupied Palestine