Saturday, 20 April 2013

-> Sayangku Solehah

Assalamua'laikum...

Wanita solehah,lebih cantik & terjaga daripada mawar berduri.
Sayangku solehah,
Apa khabar ?
Ku harap kau sihat,
Iman juga jasadmu itu.

Sayang,
Apa kamu sudah berpunya ?
Siapakah yang beruntung memilikimu itu ?
Adakah suami,hubby,
Atau hanya atas dasar friendly ?

Solehah,
Tidakkah kau merasa rugi ?
Kau berikan cinta kepada yang tidak pasti,
Apa benar dia pasti milikmu ?
Atau hanya dalam khayalanmu ?
Ingat ya,
takdir itu tiada siapa yang tahu.

Solehah,
Aku takut,sayangku..
Aku takut jika dia bukan ditakdirkan untukmu,
Adakah kau sanggup terima takdir itu ?
Meninggalkan kesangsian untuk satu kepastian.

Solehah,
Aku kasihan,
Jika bakal suamimu itu tidak menjadi yang paling istimewa,
Bukan honey yang pertamamu,
Kerana berderet2 pemilik gelaran itu sebelumnya..

Solehah,
Aku simpati,
Jika bakal fatehmu itu,
Bukan yang pertama mendengar bait,
I love u,
Dari bibirmu.
Kerana ayat itu telah lama menjadi puisi bibir manismu,
Untuk mereka yang bukan milikmu.

Solehah,
Aku risau,
Jika dia bukan orang yang paling istimewa,
Yang memiliki senyumanmu,
Hatimu dan cintamu.
Apa yang kau akan jawab padanya ?
Tidakkah kau kasihankannya ?
Sedangkan dia benar mencintaimu kerana-Nya.
Hijrah milik semua - edit

Ayuh,
Jom hijrah solehah,
Izinkanku menemanimu,
Izinkan aku menyertaimu,
Masih punya waktu untuk kita berhijrah,
Selagi kau inginkannya,
Mari,
Sayangku Solehah ^_^

Uhibbuki fillah...
Yang merindu tanpa menatap wajahmu..

Wednesday, 17 April 2013

-> Adakah Kau Lupa ??

Salam.
Cuba dengar lagu ni...Kalau kita menghayatinya, mesti rasa membara je semangat kat dalam dada..


MasyaAllah....Betapa hebatnya umat Islam pada zaman dulu...Tak macam sekarang. Kita asyik leka dengan dunia. Akhirat kita lupa. Bila ditanya, kita mengaku mempercayai akhirat, wujudnya neraka dan seksaannya...Tapi, apa usaha kita untuk menjauhinya?? Kita hanyut dalam khayalan dunia. Pakat kejar harta dan takhta. Pentingkan kroni . Pentingkan diri . Kononnya mampu hidup sendiri. Pffftt!! Apa nak jadi ?

 "Serigala akan menerkam kambing yang kese'ekor'an.."
"Islam bangkit dalam kesatuan."

Bila sebut pasal Israel laknatullah, Amerika dan sekutunya, kita maki2...

"Israel tu *&^%$#@ lah ! Bla..bla..bla.."

"Amerika tu boneka je ! Nampak je hebat, tapi tak boleh buat apa2. "

Dan pelbagai lagi kata2 menghina, mengutuk dan mengumpat kuasa besar itu. Namun, sedarkah kita ? Mereka terlalu kuat untuk 'terasa' / 'down' dsb bila menghadapi umpatan dan kejian kita.

"They're too strong to get upset with ur babbling!"

Selain daripada asyik mengumpat, mengutuk, mencaci, apa yang kita dah buat untuk saudara2 di Palestine?
 Ingat dengan makian tu, tentera laknatullah akan berundur dari merebut tanah tumpah darah saudara kita?
They could be just laughing at u. Stop the immatured action laa.

Kita perlu kuat ! Dunia ini memerlukan orang yang hebat untuk menggoncangnya. Tentera laknatullah akan jatuh di tangan Islam suatu hari nanti. Umat Islam tidak boleh mengeluh . Jiwa ini perlu kental. Jika disini, kita terhantuk sudah mengeluh, memaki dsb, namun, di Palestine, kecederaan memberikan mereka kekuatan untuk bangkit mempertahankan agama.


Di sini, kita patut menyertai perjuangan mereka. Bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan ketajaman mata pena & semestinya dengan ilmu yang WAJIB kita timba. Menyerang mereka dengan ketangkasan minda. Tuntut ilmu yang pernah ulama'2 Islam kuasai dulu.

Algebra - > Al-Khawarizmi (Turut pakar dlm ilmu falak )
Astronomi -> Al Battani atau lebih dikenali di barat sebagai Albategnieus.
Medik -> Ibnu Sina (Avicenna )
Sastera -> Socrates :http://mualaf-alhamdulillah.blogspot.com/2012/06/ternyata-socrates-adalah-seorang-muslim.html

So, dimanakah kita sekarang ? Apa yang kita telah kita buat ? Apakah matlamat kita ? Selamat berfikir dan mentajdid matlamat hidup !
Wallahua'lam..

Thursday, 4 April 2013

-> Kill Him ! Don't Spare Him !

Salam..
Have u ever heard that quote ?
I'm not really remember what is the real story behind it.
Lebih kurang macam ni la...

Dulu,ada seorang raja yang mentadbir sebuah negara (tak igt nama negara ).
Dia ada seorang adik lelaki yang dikhuatiri menggugat dan merampas takhta darinya.
Oleh itu,dia mengupah seseorang untuk membunuh adiknya itu.Dia tulis surat ;

"Kill him don't spare him."



Bila si pembunuh baca surat tu, dia pon keliru.

"Kill him, don't spare him." atau "Kill him don't,spare him."

Disebabkan kekeliruan tu, dia pun membiarkan adik lelaki raja tersebut terus hidup (spare him).
Akhirnya, raja tadi digulingkan dan takhtanya dirampas oleh adik lelakinya.
The end. 

Moral :  
  1. Intonasi itu penting dalam menyampaikan maklumat. 
  2. Komunikasi berkesan tu satu keperluan. 

-> BAGAIMANA NAK MAKAN MEMPELAM YANG TERLALU MASAM ?

Salam..
Haritu ana pergi rumah kawan kakak ana. Sementara tunggu dia bersiap, kami sembang dengan mak dia. Macam-macam hal dok sembang dengan makcik tu..Termasuklah isu buah pelam kat rumah makcik yang cepat diserang ulat.Makcik tu cakap pelam kat rumah depa takleh biaq lama-lama sebab nanti berulat. So, makcik tu pun makan pelam muda je lah. Masam betoi !


Makcik tu ada bagi tips nak kurangkan masam mempelam tu.

1. Rendam dalam air asam keping. Rasa masam tu akan berkurang.
2. Hiris macam nak buat kerabu pelam, pastu campur dengan gula dan garam. Sedap ! Cara nak buat sangatlah simple berbanding jeruk, tapi rasanya memang setanding dengan jeruk..lagi best kalau bubuh dalam fridge..Nyum nyum  =)

*Ada gak petua nak kurangkan kemasinan ikan masin. Caranya, rendam dalam air garam. Benarkah ? Tak pernah cuba lagi.

Tuesday, 2 April 2013

-> Tanda-Tanda Kiamat

Salam...
Info2 ni ana copy paste dari FB sebab ianya sangat bermanfaat. Ada jugak info yg ana baru tau, especially yang pasal Mina tu ..

Tanda2 kiamat:
1. Apabila seorang ibu melahirkan tuan.
Tuan di sini ditafsirkan sebagai anak derhaka. punca terjadinya anak derhaka adalah oleh sebab kerasnya hati. Keras hati ni boleh datang daripada pelbagai punca. Yahudi xbleh hancurkan umat Islam secara fizikal, jadi mereka merancang melemahkan umat Islam dalam diam. Seperti yang dikatakan ustaz tadi sebagai 5S, iaitu protokol Yahudi (STAR,SPORTS,SNACK dan lagi dua saya x pasti)
STAR = artis. Zaman sekarang ni kita tengok banyak sekali anak2 muda yg leka dalam dunia hiburan. Yang paling saya xpaham, artis dah berlambak2 dah, tu pun buat lagi rancangan2 realiti tv untuk menambah banyakkan lagi golongan ni. Lepas tu macam2 la kontroversi yang timbul.
SPORTS = sukan. Ahli sukan selalunya terlibat dengan masalah pendedahan aurat. Padahal xda kaitan pun antara lumba lari kena pakai seluar kecik, main badminton kena pakai skirt, nak tendang bola pun kena pakai seluar pendek. Semuanya x relevan langsung! Bila ramai melihat aurat yang terdedah ni, x kira lah laki atau perempuan, semua terdedah kepada maksiat, dan maksiat ni menghitamkan hati. Benda ni dah jadi kebiasaan, sampaikan orang dah x kisah, dan sebab xkisah la benda ni jadi virus yang menghakis iman kita dalam x sedar. Sebab tu kita susah dan malas nak buat ibadah.
SNACKS = makanan. Banyak sangat makan pun x elok untuk hati. Yang terbaik, amalkan pemakanan yang telah dianjurkan oleh Rasulullah. Makan pun kena jaga, sumber2 nya, kebersihannya, semua perlu dititik beratkan sebab benda ni akan membentuk darah daging kita.

Boikot bukan bermusim !


2. Bila tengok orang miskin berlumba2 nak buat bangunan tinggi.
Sekarang ni ramai dah kita tengok banyak orang yang asalnya miskin, tapi sekarang dah kaya dan boleh bina bangunan macam2. Contoh terdekat yang ustaz bagi tadi, Syed Mukhtar Al-Bukhary. Alhamdulillah, beliau menjadi Muslim yang baik dan selalu membela nasib umat Islam.

3. Banyak berlaku pembunuhan.
Kalau dulu, pembunuhan jarang sangat terjadi, tapi sekarang hampir tiap2 hari berlaku pembunuhan sampai dah x muat bilik mayat di hospital2. Pembunuhan dah jadi perkara biasa.

4. Banyak kematian di jalan2. Banyak sangat berlaku kemalangan di mana2.

5. Gempa bumi.
Selalu dalam berita, gempa bumi ni selalu dikatakan ‘fenomena alam’. Kan best kalau wartawan2 mention gempa bumi ni sebagai ‘tanda kiamat’. Barula kita akan selalu beringat sikit.

6. Apabila Mesir diperintah oleh Hamm(pemerintah yang zalim) dan digulingkan oleh rakyatnya sendiri.
Nak dijadikan cerita, pemerintah yang zalim ni adalah Hosni Mubarak dan digulingkan oleh Mohammed Mursi. Kata ustaz, Mohammed Mursi ni adalah satu2nya pemimpin Islam yang ada 30 juzuk Al Quran dalam dada. Dan tentera2 beliau adalah tentera yang tidak pernah tinggal solat berjemaah sekurang2nya 40 hari berturut2.

7. Bebasnya Palestin.
Sekarang, ada ramai orang yang mengelilingi Palestin untuk membebaskan mereka. Time tu nanti Yahudi akan bertempiaran lari menyorok di belakang pokok2 dan batu2, dan pokok2 serta batu2 tersebut akan memberitahu ada Yahudi yang bersembunyi disebalik mereka. Ustaz cakap tadi, time tu x payah tembak, pi ramai2 kat sorg2 Yahudi ni, sekeh je sorang sikit sampai mati..hehe..:D

8. Padang Arafah jadi hijau.
Dulu padang pasir yang tandus, tapi sekarang dah ditumbuhi pohon2 yang menhijau

Padang Arafah


9. Mina jadi putih
Sekarang ni Mina memang dah jadi putih disebabkan khemah2 yang didirikan kat sana. Cerita ustaz, dulu, khemah memang didirikan untuk kegunaan orang awam, dan khemah tu berwarna warni. Tiba2 semua khemah2 tu terbakar dan kerajaan di sana bagi dana untuk menggantikan khemah tersebut dengan khemah yang fire-proof, dan kebetulan khemah2 tersebut berwarna putih.

Sekarang ni banyak dah negara2 yang berperang dan kenapa Syria merupakan negara yang PALING LAMA BERPERANG. Kata ulama’, Allah nak hapuskan sehabis2nya orang munafiq, Syiah dan lain2 di bumi Syria sebelum Allah turunkan Imam Mahdi di Menara Putih yang terletak di Syria.
Syiah ni dah rosak akidah sebab dah hina sahabat2 Nabi dan isteri nabi. Tukar gelaran aishah humaira’ kepada Aishah Himar. Yahudi x serang Iran sebab Iran tu Syiah, dan Israel tau Syiah akan bunuh Sunni themselves. Apa yang israel ni buat sama la macam membiarkan sel kanser tu untuk membunuh tuan punya badan sendiri.



Monday, 1 April 2013

-> You're Too Special =)

Salam...
Yes, I'm talking to u.. Do u know that u're very special ?
Read this, and u'll know why ^_~

*God will give each and every person a purpose of life that only he/she can do it !
Fighting ! Ganbatte Kudasai !

-> TIPS : Elakkan Barang Daripada Hilang / Dicuri

Salam..
Tips elakkan barang daripada hilang ataupun dicuri orang.

1. Letak kat tempat yang selamat. (bergantung pada jenis barang )
cth : Kalau bawak motor, parking kat tempat yang ramai orang, so that orang awam boleh nampak kelibat mencurigakan yang cuba rembat motor korang.


2. Istia'zah (a'udzubillahi minassyaitanir rajiim )
"Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yg direjam."
Supaya barang yang disimpan dilindungi daripada pandangan syaitan daripada kalangan jin atau manusia.
Masa duk kat asrama, aku amalkan buat macam tu.  Sampaikan setiap kali tinggal sidai baju kat ampaian, aku akan beristia'zah dan hembus kat baldi aku so that aku lebih yakin bahawa baldi aku tak hilang. InsyaAllah.
Pernah satu hari, aku kalut nak pi sekolah, aku terlupa buat, petang tu balik2 baldi aku takdak. Mungkin Allah nak uji aku kot. Then aku cari dan buat macam NI

3. Letak kat tempat yang orang tak sangka. Terpulang pada korang nak definisikan tempat yg tak disangka tu macam mana.. Sebab, lain barang, lain tempatnya :)

4. Tawakkal.

Ok, harap berguna untuk anda semua :)
Especially, the 2nd point. Ramai yang belum tahu mengenainya.

-> TIPS : Mencari Barang Yang Hilang

Salam..
Apa Kabaq ?
Baik kot noh...
Awat ? Ada barang hilang ? Sabaq, cuba ikut tips ni.. Insya Allah jumpak.

Baca surah Luqman ayat 16.

Sampai kat perkataan ya'ti  (highlighted) ,  bayangkan barang yang hilang. InsyaAllah..Allah akan men'datang'kan barang anda yang hilang.

Testimoni  :P (hehe)

1. Masa aku sekolah dulu (hehe..skrg dah graduate) , pernah tafsir aku hilang. Aku baca ayat tu dan bertawakal, alhamdulillah...Aku jumpak balik tafsir aku tu kat bilik TV. Rupa-rupanya ada orang 'pinjam' tafsir tu. Maybe dia guna untuk Kelas Kemahiran Quran (KKQ ) kot.. Habis ada tanda2 yang dia buat dengan pensel Aku sayang kot tafsir tu.. Tak pa lah.redha je lah.. :)

2. Baldi hilang lepas sidai baju kat ampaian. Aku jenuh mencari satu asrama (over skit ), rupa2nya ada pakcik kebun guna. Pakcik tu letak kat bilik basuh aras bawah sekali. Alhamdulillah..dapat aku ambik balik baldi aku yang di'pinjam' tu..
"Pakcik..kenapalah pakcik siram pokok guna baldi saya ? Ni baldi kedua saya tau. Dahlah yang pertama tu saya pasrah je bagi pakcik guna..huhu.." - Kalau bagitau dulu memang saya bagi. Tapi, pakcik main rembat je.. =(

Internet Network.

3. Sim kad aku hilang masa cuti sekolah hari tu. Ceritanya macam ni,
 Dulu aku guna broadband untuk online. So, setiap kali aku subscribe internet, aku kena bubuh sim kad tu dalam broadband. Asyik dok bawak keluaq sim kad dari tempatnya, sebab tu boleh hilang. Benda kecik !
Aku pasrah je..Jenuh aku cek bawah karpet, bawah kusyen , semata-mata nak cari sim tu. Tapi tak jumpak. Aku ingat lagi pesanan ustazah aku, aku baca ayat tu... Tapi tak jumpak coz aku agak malas nak cari. Tak larat weyh . Baru2 ni baru jumpak. Dua tiga bulan gak ar baru jumpak. Tu pon abang aku yang jumpak. Hehe...Alhamdulillah :)

*Ada banyak lagi peristiwa barang aku hilang yang berjaya dijumpai kembali.. Cuma tak berapa ingat.
So, korang amalkan lah yer.. INGAT ! Korang wajib usaha untuk cari barang korang tu. Main doa jer memang tak boleh la. Usaha , doa, tawakal. InsyaAllah...Semua tu kuasa Allah..Jumpak atau tak, semua atas kehendak-Nya. Doa tu cuma medium kita sebagai menghambakan diri pada-Nya :)