Sumber : Rang Undang2 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) :
ii. Akta perhutanan 1978 ( Pindaan 1992 ) dengan mengistiharkan hutan sebagai kawasan hutan simpanan kekal.
iii. Pemanatauan dan rondaan dilakukan secara berterusan bagi mengelakkan berlaku pembalakan haramatau kes kecurian balak
iv. mengenakan denda atau penjara bagi mereka hang didapati bersalah Mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 ( Pindaan 1993) Denda maksima RM 500,000 dan dipenjarakan tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi 20 tahun jika Mengambil Hasil Hutan daripada Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan tanpa lesen yang sah.
- Banjir di sepanjang Sungai Baram di Sarawak begitu kerap berlaku sejak pembalakan bermula, di mana banjir paling buruk melanda pada tahun 1979 dan 1981.
- Pembalakan terpilih sekalipun menjejaskan kepelbagaian biologi hutan yang kaya dan kompleks dengan begitu hebat menerusi pemusnahan kawasan penahan sisa, pemusnahan tumbuhan atau spesies pokok lain dan pemupusan spesies yang paling berharga untuk balak. Kajian Freedom of Association (FAO) di Malaysia menunjukkan kira-kira 50% daripada hutan yang masih ada mungkin musnah dan tanah permukaan rosak apabila 30% permukaan tanah terdedah.
- laporan bersama oleh WWF dan Jabatan Perhutanan Sarawak, “Pembalakan mengakibatkan gangguan hutan dalam masa yang singkat, perubahan persekitaran semula jadi dalam jangka panjang (iaitu kemusnahan pokok yang menjadi sumber makanan dan kawasan yang menjadi tempat haiwan menjilat garam), meningkatkan kegiatan memburu oleh pekerja syarikat balak dan penggunaan jalan-jalan pembalakan untuk berburu. Pemusnahan hidupan liar berikutan kehilangan tempat tinggal secara meluas perlu disedari.”
- operasi pembalakan di Sarawak, spesies hutan yang dianggap tidak menguntungkan sengaja diracun. utk mengurangkan kekompleksan dan kepelbagaian spesies hutan tropika kepada hanya 10% daripada keadaan asalnya, mengakibatkan penghapusan secara sistematik sumber-sumber genetik pokok dan pencemaran alam sekitar
- Komuniti Dayak telah berkali-kali mengadu kepada pihak berkuasa tentang
masalah yang mereka hadapi berhubung aktiviti pembalakan dan hak ke atas
tanah, tetapi aduan mereka sering tidak dipedulikan. Kewujudan undang-undang membabitkan Hak Tanah Adat Penduduk Asli tidak
diendahkan oleh syarikat persendirian. Sambil menyokong kepentingan
syarikat-syarikat ini, pihak polis dan jabatan perhutanan bertindak
menangkap dan menahan penduduk asli yang membuat bantahan.
Flora dan fauna turut terancam
- Saya juga ingin menyentuh tentang isu kes penderaan seksual ke atas gadis dan wanita kaum Penan yang dilakukan oleh pekerja pembalakan. Baru-baru ini pertubuhan Dana Bruno Manser (BMF) mendakwa Samling Global Ltd. yang merupakan firma gergasi pembalakan di Sarawak berterusan membuli masyarakat Penan dengan memaksa mereka ‘menutup mulut’ berhubung penderaan seksual dan perogolan gadis serta wanita Penan jika mahu perkhidmatan pengangkutan percuma diteruskan. Ia dibuat dengan pendedahan tujuh lagi dakwaan eksploitasi seks oleh pekerja pembalakan dengan memetik seorang ketua kampung Penan, Jawa Nyipa yang berkata dia diminta oleh pegawai Samling untuk menandatangani kenyataan bahawa wanita-wanita itu menarik balik dakwaan mereka – atau tidak mereka akan kehilangan perkhidmatan pengangkutan. Syarikat itu bagaimanapun menafikan perkara itu dan kerajaan negeri Sarawak mendakwa tuduhan itu sebagai tidak berasas. Apakah tindakan polis terhadap laporan tersebut? Bagaimanakah nasib gadis dan wanita Penan ini?
- Syarikat Samling (dilantik oleh kerajaan Sarawak) menceroboh Tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) di Ulu Baram,Sarawak. Orang Penan menghadapi masalah kekurangan makanan . Hutan tempat mencari sagu, buah-buahan dan sayur-sayuran telah dimusnahkan oleh kegiatan pembalakan . Ada keluarga yang terpaksa memakan nasi bersama garam atau bubur kosong sahaja. kerana ketiadaan punca pendapatan.
- KAPIT: Fenomena himpunan kayu-kayu hanyut di Batang Rajang pada 7
Oktober lalu atau disifatkan oleh Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr
James Jemut Masing sebagai ‘tsunami kayu balak’, tidak mustahil akan
berulang lagi jika hujan terus turun dengan lebat dalam masa terdekat
ini.
- Ketua Pegawai Eksekutif Dana Hidupan Liar (WWF) Malaysia, Datuk Dr. Dionysius Sharma meluahkan kebimbangan beliau terhadap habitat penting spesies terancam tempatan terutama badak Sumatra dan harimau Malaya makin terjejas ekoran pelan pembalakan kira-kira 19,000 hektar hutan itu.
- Trade Record Analysis of Flora and Fauna menyatakan antara 1986 hingga jun 1990, 500 000 hektar hutan di Malaysia ditebang sedangkan hanya 300 000 hektar sahaja yang dibenarkan.Pembalakan sering berlaku di kawasan hutan simpan dan taman negara.
- Produk hiliran utama sektor perkayuan ialah papan lapis (menurut The Report, Sarawak 2011) dengan nilai eksport RM3.32 bilion pada 2009, dan meningkat kepada RM3.5 bilion untuk tempoh Januari hingga November 2010. Manakala, eksport kayu bergergaji untuk tempoh sama ialah, masing-masing, RM1.75 bilion dan RM1.78 bilion.
- Kerajaan mensasarkan kira-kira 20 peratus kawasan hutan di Sarawak atau sejuta hektar diusahakan sebagai hutan tanaman yang membabitkan kayu balak cepat membesar.
- Melaksanakan program perhutanan semula dan penanaman semula hutan yang diuruskan secara sistematik,sainstifik dan terkawal.Hal ini, dinamakan sebagai projek perladangan hutan kompensatori.Sebagai contohnya perladangan hutan di Kemasul, Pahang.Pokok balak yang cepat membesar dan matang dalam tempoh 15 tahun ditanam seperti Batai, Yamane, Akasia dan lain-lain.
- Melaksanakan
system penebangan hutan terpilih bukannya tebangt-bersih.Pokok yang
cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang.Misalnya, bagi
pokok kayu keras yang berukur lilit 45cm ke atas sahaja yang layak
ditebang.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Impak_Alam&pg=al_01.htm#ixzz2NOUCoMXg
- Perundangan :
ii. Akta perhutanan 1978 ( Pindaan 1992 ) dengan mengistiharkan hutan sebagai kawasan hutan simpanan kekal.
iii. Pemanatauan dan rondaan dilakukan secara berterusan bagi mengelakkan berlaku pembalakan haramatau kes kecurian balak
iv. mengenakan denda atau penjara bagi mereka hang didapati bersalah Mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 ( Pindaan 1993) Denda maksima RM 500,000 dan dipenjarakan tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi 20 tahun jika Mengambil Hasil Hutan daripada Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan tanpa lesen yang sah.
3 comments:
sy suka informasi yg didedahkan.. jika ada lagi isu boleh update berkenaan isu pembalakan dan isu masyarakat setempat berkenaan pembalakan.. t.kasih
zulkarnain
sama2.
terima kasih atas idea.
Post a Comment