Salam...
Kaifahaluk??
Harap-harap antum/antunna sihat dan sejahtera di bawah payungan rahmat-Nya.
Sudah makan? Alhamdulillah,kalau dah. Alhamdulillah jugak kalau belum..Kenapa? Kerana selapar-lapar kita di sini, kita tak dikejar dengan bedilan musuh sepertimana anak-anak di Palestin yang kelaparan.
Paling kurang pun, kita tetap ada makanan untuk dimakan ^_^
"..Sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambah (nikmat) kpdmu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."
Daripada Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad S.A.W.
Jibril akan datang kepadanya membawa seekor Buraq.
Israfil datang membawa bendera dan mahkota,
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.
Israfil bersuara,
"Wahai roh yang baik ! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua.
Pada seruan yang kedua pula, Kubur mula terbongkar.
Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas
kepala dan janggut baginda SAW.
Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan.
Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda SAW bersabda :
"Kekasihku Jibril ! Gembirakanlah aku!"
Jibril as berkata :
" Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?"
Baginda SAW bersabda :
"Bukan seperti itu pertanyaanku."
Jibril as berkata :
"Apakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak diatasmu?"
Baginda bersabda :
"Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku.
Dimanakah perjanjian mereka?Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan
mensyafaatkan umatku."
Jibril menyeru :
"Wahai sekalian makhluk,datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang disediakan oleh Allah Taala.
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiapkali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda akan bertanya,
"Dimana umatku?"
Jibril as berkata :
" Wahai Muhammad ! Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila Nabi Isa as datang, JIbril as menyeru :
"Tempatmu!"
Maka Nabi Isa as dan Jibril menangis. Nabi Muhammad SAW berkata :
"Mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril as berkata : "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"
Nabi Muhammad SAW bertanya : "Di mana umatku?"
Jibril as berkata : "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya,
" Wahai Jibril ! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril as berkata : "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW !"
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru, "Wahai Muhammad !"
Nabi Muhammad SAW bersabda," Wahai umatku."
Mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis.
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi,
"Di mana umat Muhammad SAW?"
Jibril as berkata, " Mereka adalah sebaik umat."
Allah Taala berfirman,
"Wahai Jibril ! Katakanlah kepada kekasih-Ku Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapan-Ku."
Jibril as kembali dalam keadaan menangis lalu berkata,
"Wahai Muhammad ! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata,
" Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."
Allah Taala berfirman,
"Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaati-Ku. Dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadap-Ku."
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru,
"Tuhanku...Penguasaku Penghuluku..! Aku tidak akan meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu !"
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru,
"Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru ,
"Wahai Tuhanku..Penguasaku dan Penghuluku ! Selamatkanlah Muhammad SAW dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku,penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering di pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arasy Allah S.W.T. dan sekali lagi, baginda SAW ruku' untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata,
"Maha Suci Allah ! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat,hal keadaan umatnya.
Fatimah r.a bertanya,
"Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari Kiamat nanti, wahai bapaku?"
Baginda SAW menjawab,
"Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."
Tatkala umat Nabi Muhammad SAW sedang mencari mimbar Nabi Muhammad SAW untuk mendapatkan syafaat pada hari Kiama, Mariam,Asiah,Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW,dia berkata,
"Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."
Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW.
Nabi Adam as berkata kepada Nabi Muhammad SAW,
"Ini umatmu, wahai Muhammad ! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda,
"Marilah kepadaku,wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!"
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. Ketika di atas Sirat, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik,
"Wahai Malik ! Dengan kebenaran Allah Taala keatasmu,palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu."
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang daripada umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Nabi Muhammad SAW berkata,
"Tuhan! Selamatkan mereka ! Tuhan ! Selamatkan mereka!"
Subhanallah....Betapa baginda SAW menyayangi kita..Ya hadi,ihdina...

Ya Allah, lindungilah kami dari seksa-Mu.. |

Allah SWT and His prophet love u ~ |