Wednesday, 6 February 2013

-> Fasa Pembentukan Sikap - Shad Helmstetter


Assalamualaikum...

" Anak-anak ibarat kain putih, ibubapalah yang mencoraknya."-Hadith.

" Pembentukan sikap anak-anak bermula sejak usianya 1-6 tahun."-Shad Helmstetter dalam bukunya, Berbicara Dengan Diri Sendiri. 

Berdasarkan 2 quotes kat atas ni, aku nak cerita sikit tentang satu peristiwa yang aku saksikan sendiri kat sebuah pejabat pos. Ada seorang wanita berusia lebih kurang lewat 40-an bersama anak dan suaminya pergi ke pejabat pos untuk membuat sedikit urusan. Ada seorang lelaki tua sekitar 60-an turut bersama mereka (gayanya seakan2 ayah kepada wanita itu ).

Nak dijadikan cerita,anak perempuan pasangan tu agak nakal. Panjat kerusi,lari2 dan sewaktu dengannyaa..Hal ni menyebabkan mak dia marah si cilik tu sebab ganggu orang lain. Mak dia tegur dia, tapi dia masih degil dan tak mau dengar teguran mak dia. Pastu, dengar pakcik tua tu cakap kat wanita tu,
"Hang dulu pon macam tu jugak. Nak marah kat anak hang."

-Tammat-

Ok, sekarang, I nak terangkan tentang pembentukan sikap anak2 sejak di rumah. Ada 6 tahap pembentukan sikap seseorang individu itu iaitu ;

Pemprograman -----> Kepercayaan ----->Sikap ------> Rasa / Emosi ------> Tindak-tanduk -----> Hasil

Footnote : lambang  ' ------> ' ialah menentukan.

Baik, Sekarang ni mai ceq nak bagitau satu persatu pasai 6 fasa pembentukan sikap tu. Cuba fahami kisah kat bawah.

Zaman dulu, ada satu peperangan ( tak ingat dah nma apa )..dalam peperangan tu, ada sorang tawanan ni yang ditangkap dan diugut untuk cerita strategi pihak lawan. Tawanan tu diacu dengan seketul ais berbentuk tajam kat perut dia. Masa tu, mata tawanan tu ditutup, so,dia tak tau yang benda yang disangkakan pisau tu,hanyalah seketul ais yang tak membahayakan. Bila ais tu mula cair, tawanan tu ingat darahnya yang mengalir kerana badan dia dah terluka sebab pisau tu. Akibat rasa sangat takut, akhirnya orang tu mati.
-(ni kisah yang kaunselor sekolah lama bagitau )

Dah paham cerita kat atas??Kalau tak paham,baca balik. Takut nanti tak paham pulak teori 6 fasa pembentukan sikap Shad Hamstatter.

Fasa 1 : Pemprograman

Tawanan tu dah diprogramkan yang dia berada dalam keadaan bahaya = diugut dalam keadaan mata tertutup dan diacu 'pisau'.

Fasa 2 : Kepercayaan

Bila dia dah diletakkan dalam situasi tu, secara automatik dia dah lalui fasa 1 dan kemudian dia percaya yang dia berada dalam situasi yang benar2 membahayakan nyawanya.

Fasa 3 : Sikap

Tawanan tu mungkin menunjukkan sikap teragak2 sama ada nak jaga strategi pasukannya atau nak jadi pembelot secara benci paksa.

Fasa 4 : Rasa / Emosi

Bila kepala otak dia dah bercelaru nak buat decision, emosi dia mesti terganggu jugak. Tambah2 bila perut dia diacu dengan 'pisau' ais.

Fasa 5 : Tindak-tanduk

Dalam situasi ni, si tawanan dah jadi tak keruan dan mula berimaginasi yang bukan2 and the worse thing is he thought that the liquid from the melting ice = his blood. 

Fasa 6 : Hasil

Akibat daripada ketakutan yang melampau, laki tu pon mati dalam keadaan yang sangat menakutkan.

*Korang boleh samakan cerita ni dengan keadaan orang yang kena prank  hantu. Walaupun hantu tipu je, tapi mangsa prank akan takut bukan main dan kadang2 boleh bertindak di luar jangkaan hanya disebabkan mindset diorang.

Kesimpulannya, bila ibubapa tunjuk contoh yang buruk kat anak2 secara tak langsungnya mereka sedang memprogramkan anak mereka untuk mengamalkan tabiat buruk tu.




No comments: