Wednesday, 13 February 2013

-> TIPS : Mencegah Motosikal daripada Dicuri

Salam....

Selamat pagi smua...Macam mana tidur? Nyenyak tak? (hmm..ke tak bangun lagi pd waktu2 mcm ni O.o)
Tak pe lah...Cuma nak bagitau, bangun awal pagi sungguh NIKMAT. Kalau tak percaya,, cuba bangun awal pastu tak tidur dah..Korang buatla apa2 kerja rumah ke, ikut suka hati koranglah asalkan tak tidur balik lepas bangun tu. Rasa macam orang berwawasan ! Orang yang cemerlang ialah orang yang mampu menngatur hidupnya :)

Korang baca tajuk kat atas tu? Sekarang ni aku nak kongsi sikit berdasarkan apa yang aku tengok kat TV tadi.

Cara mencegah moto dari dicuri :

1) Letak kat tempat awam- orang boleh nampak sebarang aktiviti meragukan

2) Letak dekat2(rapat2) dgn moto lain kat tempat parking -supaya pencuri tak boleh masuk antara moto2 kat situ / proses moto anda. Kalau dia buat jugak, possibility untuk moto tu terbalik adalah tinggi. Kalau moto jatuh, moto2 lain kat sebelah pun akan jatuh bertindan2.

3) Kunci handle (tak pasti la betul ke tak istilah ni ) - Kalau nak bukak jugak kunci ni, pencuri kena tendang dan akan menyebabkan bising dan meragukan. Jadi, dia mungking tak buat tambah2 pulak kat tempat awam. Ha ! Korang jangan buat pulak ikut cara ni. Mencuri itu HARAM !! Kalau orang ambik hak kita macam mana ? Walaupun tgh desperate pun, perbuatan tu tetap berdosa. Matlamat tak menghalalkan cara.

Wow ! Hayabusa sapa ni ??

4) Letak moto dalam keadaan masuk gear - yang ni aku tak berapa pasti kenapa sebab tak diterangkan pun dalam tv tadi. Jadi, aku rasa mungkin cara ni akan menyebabkan moto tu akan terwheelie bila dihidupkan sebab aku pernah mengalami benda tu. Tapi kalau silap, tak tau la..Aku ni bukan pandai sangat bab2 moto ni.

5) Buat mobilizer atau apa2 sistem tambahan yang boleh elakkan moto tu daripada dihidupkan dengan mudah.

6) Untuk muslim, beristia'zah/ ta'wuz (au'zubillah..) dan hembus kat moto dgn niat Allah menjaganya daripada pandangan 'syaitan'. Jangan bagi obvious  sangat ! Nanti orang igt korang jampi apa kat moto tu. Sekadar cukup syarat je.
"Kalau tak nak buat pun tak pa. Allah jaga jugak !"
Memang Allah jaga. Cuma cara ni menunjukkan pengharapan yang lebih tinggi kepada Allah :) Korang pun akan tolong kalau orang yang mintak pertolongan korang betul2 berharap, kan??


Jenis2 Moto yang Jadi Tumpuan

1) Moto mahal
2) Moto yang rare(jarang jumpak)

* Apa2 pun, aku tak jamin cara ni akan mencegah 100% daripada moto korang dicuri. Cuma, usaha tangga kejayaan. Mungkin cara ni boleh kurangkan possibility  moto korang dicuri pada tahap yang minimum. InsyaAllah (^_^)



No comments: