Monday, 25 February 2013

-> Sejarah Masjid Krue Se


Suatu ketika dahulu,ada seorg pedagang drpd China bernama Lim Tao Khiam dtg ke wilayah Selatan Thai dan dia memeluk Islam.Adiknya mengekorinya dan mengajaknya pulang ke China.Namun abgnya menolak.Abgnya membina masjid tersebut dalam tahun 1578M.Adiknya yang beragama Buddha mengugut utk membunuh diri.Disebabkan keengganan si Abang utk mengikut adiknya pulang,Si Adik telah menggantung dirinya.Sebelum dia mati,dia telah bersumpah bahawa masjid itu tak akan siap dibina.Pembinaan masjid itu diteruskan.Namun demikian,org yg membina masjid itu tidak dpt meneruskan proses pembinaannya kerana meninggal dunia.Suatu ketika,masjid itu hampir siap dibina,tetapi ia runtuh semula.

            Tahun 2004-Peristiwa Berdarah!!

     Pada waktu Subuh,ada seorang penyerang telah membunuh beberapa org anggota polis dan dikhabarkan penyerang itu bersembunyi di dlm Masjid Krue Se. Sekitar jam 6.00 pg,pasukan polis mengepung masjid tersebut dan melancarkan serangan balas yg kononnya ditujukan kepada pembunuh anggota polis yg disyaki berlindung di dlm masjid itu.Akibat serangan dan kezaliman itu,ramai jemaah yg tidak bersenjata pada waktu Subuh tersebut terkorban.Ada yg usianya 20-an,telah dijemput dlm keadaan yg mengerikan itu.Jenazah mereka bergelimpangan di dalam masjid.Darah-darah terpercik dan terkena pada dinding2 masjid.Kesan bedilan peluru masih jelas kelihatan pada dinding2 masjid.Bayangkan peluru yg mampu menembusi konkrit,menembusi tubuh2 manusia.
    Moga-moga para jemaah yg telah kembali ke rahmatullah itu tergolong dlm golongan mereka yg syahid dan semoga roh2 mereka dinaungi kasih sayang Allah di sana.Al-Fatihah...

Masjid Krue Se

Kesan tembakan pd dinding masjid

No comments: