5 Cara untuk mempelajari bahasa asing dengan berkesan & seronok ;
- Berhenti belajar berpandukan text book semata-mata. Novel, komik dan majalah bahasa asing lebih membantu untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan lebih berkesan dan tak membosankan.
- Rajinkan diri untuk tengok movie atau dengar lagu dalam bahasa asing. Sangat membantu ~ lagu membantu kita untuk pronouns sesuatu perkataan dengan lebih fasih manakala movie membantu kita untuk memahami budaya mereka. Contohnya, penggunaan istilah dalam bahasa Jepun berbeza ikut taraf sosial.
- Dengar, cakap, baca dan tulis apa yang dipelajari.
- Sertai komuniti dalam internet. Bincang, sembang, debat dan sebagainya. ~ Pada saya, kalau cakap berterabur dengan orang 'asli' bahasa yang kita belajar lagi baik dari cakap berterabur dengan bangsa sendiri yang lagi fasih dari kita. Contoh, saya kurang malu bila cakap berterabur dalam bahasa Jepun kalau dengan orang Jepun, tapi saya lebih malu bila cakap berterabur dengan rakyat Malaysia yang fasih bahasa Jepun dari saya.
- Main game dalam bahasa yang dipelajari.
Contoh Game
1 comment:
Post a Comment